Log Masuk
Ikon
Jumlah Pengunjung

 

Pidato Club Alumni

Pusat Latihan Pidato Profesional disokong sepenuhnya oleh Akademi Motivator Profesional Malaysia

Selamat Datang Ke Akademi Motivator Profesional Malaysia

Tahniah kepada semua siswa siswi yang baru dan lama malah tanpa jemu untuk mendalami dan mempelajari ilmu kemahiran seni berpidato, teknik motivasi dan formula keusahawanan di Pusat Latihan Pidato Profesional dan Akademi Motivator Profesional Malaysia.

Kursus Kemahiran ini amat bersesuaian dengan semua lapisan masyarakat malahan ianya mampu membentuk kuasa-kuasa kejayaan seperti kuasa motivasi, kuasa pidato, kuasa daya pengaruh, kuasa sikap, kuasa intelek, kuasa sabar, kuasa imaginasi dan lain-lain lagi.

Pidato Club Alumni ini juga merupakan ruang dan peluang kepada pelajar dan bekas pelajar Akademi untuk merapatkan rangkaian kenalan serta ukhuwah secara berterusan.

Malahan semua pelajar dan bekas pelajar berpeluang untuk terus menggilap potensi diri dan menggali formula-formula pidato motivasi nusantara ini sebagai asas pembudayaan tamadun intelek bangsa yang berminda kelas pertama di nusantara ini.

Malah seperti difahami, kursus ini menggabungkan latihan teori dan amali yang diformulasikan oleh pengasas seni pidato motivasi nusantara Malaysia iaitu Dato' Dr. Syed Ahmad Syed Samsuddin Al-Saggof yang juga meupakan ikon pidato serta hakim pertandingan pidato di peringkat kebangsaan.

Pengalaman beliau sebagai pakar motivasi usahawan tanah air telah mencetuskan formula luar biasa pengajian yang menggabungkan elemen penggayaan, isi bicara, kelancaran hujahan, bahas puitis, personaliti berketerampilan dan kemantapan vokal suara bergelombang.

Dengan pendekatan pengajian ilmu kemahiran luar biasa ini telah membolehkan beliau sebagai guru yang mampu melahirkan lebih 300 ribu pelajarnya untuk memiliki seni intelek pidato motivasi luar biasa malahan berjaya dalam pelbagai bidang yang diceburi.

Sehingga kehari ini telah ramai juga alumni-alumni pidato Dato' Dr Syed Ahmad Syed Samsuddin Al-Saggof mengusai pelbagai peringkat pengajian seperti fasa pengajian modul pengenalan, modul asas, modul pertengahan, modul kemahiran, modul lanjutan, modul tinggi, modul pakar, modul CPM, modul pensyarah, dan lain-lain lagi.

Hasrat beliau adalah untuk terus berbakti kepada anak bangsa dan seluruh pelajarnya agar mampu menonjolkan MENJARO (mental, jasmani dan rohani) yang berpaksikan keluhuran jiwa bagi membudayakan masyarakat berminda intelek pidato motivasi nusantara di Malaysia ini.

Maka, Pidato Club Alumni adalah merupakan proses penerusan pembelajaran kepada seluruh pelajarnya agar mampu menguasai pelbagai kemahiran berasaskan IQ (intelek kecerdasan), EQ (intelek emosi), SQ (kecerdasan rohani), dan FQ (kecerdasan fizikal) yang kelak mampu dikombinasikan secara holistik bagi menyerlahkan "multiple intelligence" (kecerdasan pelbagai) ke arah pembangunan modal insan sebagai teras ketamadunan bangsa.

Akhir kata, kami mengalu-alukan kehadiran anda untuk bersama-sama mendalami khazanah ilmu program latihan motivasi usahawan nusantara ini. Ianya jua merupakan satu modul program latiha motivasi yang amat luar biasa daripada seorang motivator yang luar biasa untuk mereka yang ingin menjadi luar biasa.

Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri kelas luar biasa ini bersama Prof. Dato' Dr. Syed Ahmad Syed Samsuddin Al-Saggof (Pemikir, penulis buku motivasi, Pemimpin NGO, Aktivis Sosial, Pensyarah, International Speaker, CEO, Kaunselor, Kolumnis, Perunding, Guru Pidato, Ahli Perniagaan, Pembentang Kertas Kerja dan Penyelidik)


   
 
Testimoni
  • "Baru saya faham kini peranan pidato motivasi setelah mengikuti kursus Dato' Dr Syed. Hebat dan memotivasikan saya. Terima Kasih."

    NOR ASIAH BT RAMLI - Guru Tadika

  • "Saya cukup teruja setiap kali kuliah yang dikendalikan Dato' Dr. Syed Ahmad Al-Saggof. Beliau berjaya menghidupkan suasana ceria sepanjang kuliah berlangsung."

    KAMALIAH BT KASSIM - Ahli Perniagaan

  • "Saya rasa beruntung mempelajari ilmu pidato motivasi RMJ ini. Saya amat kagum dengan guru saya Dato' Dr. Syed kerana karismanya dalam mencurahkan ilmu ini. Terima Kasih."

    FARIDAH LONG - Perunding Kewangan

  • "Saya telah mendapat banyak menafaat dengan menghadiri kuliah teknik pidato motivasi Dato' Dr. Syed. Segala Formula dan teknik yang beliau curahkan amat berkesan dijiwa saya."

    FARIDAH BT SIRAT - Kakitangan Kerajaan

  • "Saya rasa bersyukur dapat diketemukan dengan Dato' Dr. Syed seorang ikon pidato negara oleh Kak Zawiyah. Memang Kursus pidato motivasi ini dapat menambahkan ilmu dan keyakinan di dada saya."

    PN. HAZLINA ABU BAKAR - Perunding Takaful

  • "Saya meminati pidato Dato' Dr. Syed Ahmad Al-Saggof apabila mendengar ucapan beliau di auditorium DBP. Beliau telah dapat memukau semua penonton yang hadir. Oleh kerana itulah saya ingin menjadi murid beliau. Terima kasih Dato'."

    EFFENDY BIN ZULKEFLI - Pegawai Khas

  • "Saya amat meminati ilmu kemahiran pidato motivasi ini. Tambahan pula idola saya Dato' Dr. Syed Ahmad Al-Saggof sememangnaya mampu menyuntik semangat saya untuk terus mempelajari ilmu pidato ini. Saya yakin akan menjadi seperti beliau."

    MOHD IRZZAN YUNOS - Penjawat Awam

  • "Kali pertama saya hadir kelas pidato motivasi RMJ telah membuatkan saya terpikat untuk mengikuti program pembelajaran seterusnya. Pidato Dato' Dr. Syed Ahmad Al-Saggof terlalu hebat dan amat saya minati."

    AIMAN ROSHAIZZAT ROSLI- Pelajar Dan Ahli Perniagaan

  • "Saya cukup rasa bersyukur dapat mengikuti kelas pengajian kemahiran pemasaran yang dikendalikan oleh guru yang amat saya hormati"

    SAREPAH BT AHMAD - Pembantu Makmal

  • "Kursus Komunikasi pemasaran ini menjadikan saya seorang yang yakin dan berani dalam perniagaan yang baru saya ceburi. Terima kasih Dato Dr Syed"

    HJH RAHMAH BT MAZLAN - Pemilik Spa

  • "Terima kasih guruku Dato Dr Syed. Bagi saya kuliah beliau cukup luar biasa. Saya begitu bersemangat dan bermotivasi"

    MOHD FADRY BIN MOHD YAZID - Ahli Geology

  • "Saya telah belajar dan akan terus belajar ilmu kemahiran komunikasi pemasaran yang amat luar biasa ini. Terima kasih sifu"

    ZAHRAH BT YUSOF - Perunding Perniagaan

  • "Terima kasih Sifu kerana membuka minda kami untuk menjadi manusia luar biasa dari segi rohani, mental dan jasmani"

    NORDIN BIN HJ ABAS - Penjawat Awam

  • "Saya kini amat yakin untuk berinteraksi dengan ramai orang setelah memahami kepentingan komunikasi. Terima kasih Prof. Dr Syed"

    NORAINI BT MOHD SAIFULLAH - Pegawai Audit

  • "Saya ucap terima kasih kepada guru saya Dato Dr Syed yang telah menyuntik semangat jutawan intelektual dalam diri saya"

    KAMARUZZAMAN BIN ALAUDDIN - Jurutera Perunding

 
  Akademi Motivator Profesional Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 2015 Akademi Motivator Profesional Malaysia | Paparan terbaik di Google Chrome 33.0 dan Mozilla Firefox 28.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768